Kesatuan wartawan bidas Fahmi selepas tuduh laporan berita sebagai fitnah

0
121

KESATUAN Wartawan Kebangsaan (NUJ) mengkiritik Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil kerana menganggap satu laporan berita berkaitan Kadar Faedah Semalaman (OPR) sebagai fitnah.

Kesatuan itu turut mempersoalkan janji kerajaan berhubung kebebasan media ketika Fahmi sendiri melabelkan satu artikel mengenai unjuran kewangan sebagai fitnah.

Fahmi menuduh Berita Harian memfitnah kerajaan dan Bank Negara (BNM) dalam hantaran di Facebook dengan tajuk “OPR dijangka naik sekali lagi seawal Julai”.

Fahmi berkata: “Artikel itu secara jelas menyatakan ia adalah pandangan penganalisis dan bukannya oleh Bank Negara atau kerajaan. Berita Harian Online mesti memperbetulkan ini dan memberi penjelasan.”

Setiausaha Agung NUJ, Teh Athira Yusof, berkata Fahmi sepatutnya tahu menjadi amalan media di seluruh dunia untuk menyiarkan berita berdasarkan pendapat dan unjuran pakar industri.

Dakwaan Fahmi menjejaskan laporan Berita Harian, dan melabelnya sebagai pembohongan “boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pembaca kepada media”.

Teh berkata, NUJ berharap Fahmi akan lebih peka dan memahami cara kerja media tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here