HARGA makanan siap dimasak di restoran tidak pernah mengalami penurunan seperti didakwa sesetengah pihak.
Malah hasil tinjauan SatuBerita mendapati orang ramai berpendapat harga makanan di restoran sentiasa meningkat selari dengan peningkatan kos bahan mentah.
Syahirah Mansor, 28, berkata, penurunan harga makanan di restoran adalah sesuatu yang mustahil.
“Saya tak pernah jumpa lagi restoran atau kedai yang menurunkan harga makanan, sebab kebiasaanya bila sudah naik ia (harga) akan kekal.
“Nak turunkan harga memang mustahil,” katanya.

Zamri Abidin, 46, berkata harga makanan di restoran tidak akan turun selagi harga bahan mentah meningkat.
“Saya perasan apabila harga bahan mentah naik, harga di kedai pun naik.
“Saya pergi ke restoran makanan segera pun (harga) naik, seperti 50 sen ke RM1 lebih tinggi dari biasa,” katanya.

Adlina Shafie, 21, berkata, harga makanan berasaskan telur dan ayam paling jelas mengalami peningkatan harga berbanding tahun lalu.
“Saya rasa lauk telur dan ayam ada naik, kalau saya makan nasi lauk ayam dan tambah telur lebih mahal sedikit berbanding tahun lepas,” ujarnya.

Subramaniam Mani, 52, turut menolak pandangan harga makanan sudah turun kerana tidak ada apa-apa perubahan dirasai.
”Tapi cakap betul memang mahal lah daripada dulu. memang mahal daripada dulu,” jelasnya.
Adam Noraiman, 22, penurunan harga makanan di restoran tidak pernai dirasai.
“Pada saya penurunan itu agak sikit, kebanyakannya meningkat. Tapi nak buat macam mana harga sekarang kadang naik kadang turun,” ujarnya.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli baru-baru ini memberitahu berita gembira bahawa harga makanan siap di masak di kedai atau restoran di negara ini telah mencatatkan penurunan bagi bulan Februari tahun ini – SB


Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.