Harga juadah meningkat berganda-ganda

0
232

HARGA juadah berbuka puasa yang dijual di bazar ramadan menyaksikan peningkatan harga mendadak berbanding tahun lalu.

Tinjauan SatuBerita di bazar sekitar Saujana Utama, mendapati terdapat juadah berbuka puasa yang dijual dengan penambahan harga sehingga 100 peratus.

Menurut pengunjung, Rafiqin Naqib, 30, berkata ada beberapa harga juadah lazim yang tidak masuk akal dan melampau.

“Ada beberapa yang saya tak boleh terima, dulu ayam percik boleh dapat satu ketul RM3 ke RM4, sekarang harga ayam percik seketul hampir RM10 ke RM13 dua kali ganda harga tahun lepas.

“Satu lagi roti john, sekarang RM10 paling minima sekiranya tahun lepas RM5 dah boleh dapat,” katanya.

Rafiqin bin Naqib, 30

Selain itu, pengunjung lazim bazar ramadan Noor Atirah, 21, berkata perbelanjaannya mengalami peningkatan berbanding tahun lepas menyebabkan beliau berat hati untuk terus membeli di bazar.

“Nasi, air dan pencuci mulut dalam RM30 ke RM40 boleh habis, Roti John dah RM14, air dalam cawan RM4, nasi berlauk RM9 ke RM11. Saya berpandangan positif mungkin kerana harga barang semakin naik. Saya sudah jarang ke bazar.

Noor Atirah, 21

Pelajar, Syaza Ramdan, 20 turut meluahkan rasa terkejut akan perbezaan harga ketara berbanding restoran sekitar universitinya.

“Sepinggan nasi dan ayam sekitar RM10, RM2 ke RM3 lebih tinggi, agak mahal buat saya,” katanya.

Hasil tinjauan juga mendapati kuih muih dan air minuman tidak lagi dijual pada harga berpatutan.

Pengunjung, Syafiq Abdul Aziz, 26, kecewa dengan peningkatan harga makanan mendadak yang dialami.

“Agak banyak peningkatan, dulu karipap boleh dapat 3 biji bagi RM2, sekarang satu biji karipap RM1.

Minuman dulu satu plastik (besar) RM5 sekarang jadi RM6 pada kuantiti yang sama jadi tidak adil untuk pengguna,” ujarnya. -SB

Syaza Ramdan, 20
Syafiq Abdul Aziz, 26

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here