Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiada surat batal, Rais kekal ketua UMNO Tangga Batu, kata Zahid -

Tiada surat batal, Rais kekal ketua UMNO Tangga Batu, kata Zahid

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Adun Paya Rumput Rais Yasin kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu.

Perkara ini disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Shahrir Samad kepadanya, kata Zahid kepada pemberita pada sebuah majlis sempena Ramadan di Kampung Pulai, Serkam, Jasin, malam tadi, lapor Bernama.

“Saya ingin mengesahkan bahawa pengerusi jawatankuasa pemilihan UMNO memaklumkan kepada saya (bahawa) tidak ada surat pembatalan itu dan Rais diabsahkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu.”

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sepucuk surat tular bertarikh 27 Mac yang mendakwa kemenangan Rais dibatalkan.

Surat berkenaan memaklumkan berlakunya ketidakaturan perjalanan mesyuarat pada proses pemilihan UMNO bahagian itu yang berlangsung di sebuah hotel baru-baru ini.

Turut dilaporkan malam tadi, Setiausaha UMNO Bahagian Tangga Batu Abdul Latip Mohamad berkata, beliau dimaklumkan mengenai pembatalan kemenangan Rais menerusi surat daripada UMNO pusat menerusi aplikasi WhatsApp pada 2.26 petang semalam.

“Sehubungan itu, UMNO bahagian Tangga Batu perlu membuat pemilihan semula bagi jawatan ketua bahagian sahaja,” katanya.