Karnival PJH hangat,Emraz dapat sambutan luar biasa

0
169

EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd (EMRAZ) yang pertama kali dilantik sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada musim haji tahun ini, gembira dengan sambutan luar biasa yang diberikan oleh orang ramai.

“Alhamdullilah, sambutan di Karnival PJH adalah luar jangkaan, begitu juga dengan pakej- pakej haji yang ditawarkan oleh EMRAZ,” kata Ketua Pegawai Operasi Encik Shahrul Izuan Shafie ketika mengulas tentang Karnival PJH yang berakhir Ahad lalu selepas berlangsung selama dua hari.

Beliau berkata, ramai pengunjung di Karnival PJH mendaftar dengan EMRAZ apabila mengetahui pihak syarikat menyediakan penginapan di Hotel Makarem Firdous dan Hotel Dar Al Salah ketika berada di Aziziah (sebelum jemaah pergi melontar) kerana tidak mahu bersesak-sesak dengan jutaan jemaah lain.

Shahrul menambah, berdasarkan maklum balas, kebanyakan pengunjung tidak keberatan untuk membayar lebih setelah membanding dengan pakej haji syarikat-syarikat lain, kerana mereka mementingkan keselesaan ketika beribadah.

“Kami percaya dapat mencapai sasaran membawa 1,000 jemaah menunaikan ibadah haji di Tanah Suci melalui pakej-pakej haji yang ditawarkan,” katanya.

Shahrul juga percaya lebih ramai bakal jemaah akan mendaftar dengan EMRAZ setelah keputusan rayuan haji diumumkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji). EMRAZ merupakan antara 23 PJH yang dilantik Tabung Haji pada tahun ini.

Bagi musim haji tahun ini, EMRAZ menawarkan tiga pilihan pakej haji iaitu Silver, Gold dan Platinum dengan harga yang berbaloi dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat selari dengan slogan #EMRAZuntukSEMUA.

Di bawah Pakej Haji Silver serendah RM49,990 seorang, jemaah haji bakal menikmati kemudahan yang selesa termasuk penginapan di Hotel Mira Ajyad atau setaraf di Makkah (300 meter ke Dataran Masjidil Haram) manakala di Madinah, Hotel ODST atau setaraf (180 meter ke Dataran Masjid Nabawi) bagi tempoh selama 42 hari.

Bagi Pakej Haji Gold dan Pakej Haji Platinum pula masing-masing berharga RM79,990 dan RM109,990 yang menyediakan hotel berjarak 50 meter sahaja ke Dataran Masjidil Haram dan Dataran Masjid Nabawi.

Selain itu, mana-mana jemaah yang mendaftar pakej haji dengan EMRAZ berpeluang menziarahi kawasan bersejarah perang Badar dan juga Taif secara percuma tertakluk

kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi. Pada masa sama, jemaah yang terpilih turut akan menikmati diskaun sebanyak RM1,000.

Dalam pada itu, EMRAZ mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tabung Haji dan Bumitra selaku penganjur bersama kerana memberi ruang dan peluang kepada EMRAZ menjayakan Karnival PJH yang julung kali diadakan.

Mereka yang berminat boleh melayari laman web EMRAZ di www.emraztravel.com bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran Pakej Haji EMRAZ 1444H/2023M.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang persoalan, sila email ke [email protected] atau hubungi talian tetap EMRAZ 03-8893 5224 / 03-8893 5444 / 03-8893 5114.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here