Lelaki warga India didakwa bunuh pesara

0
102

LELAKI warga India dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan membunuh seorang pesara.

S Logamurugan, 27, bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa membunuh Sa’adon Sahat, 57, di belakang premis bangunan tiga tingkat Jalan PPM 4, Plaza Pandan Malim antara 2.44 pagi hingga 3.10 pagi, 27 Feb lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menetapkan 10 Mei depan untuk sebutan semula kes. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here