Dr Zakir naik akan pulang ke Malaysia

0
110

PENCERAMAH bebas, Dr Zakir Naik, akan kembali ke negara ini dalam masa terdekat, selepas selesai beberapa program di Oman.

Peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader, ketika mengesahkan langkah itu, memaklumkan Zakir Naik masih mempunyai program di negara terbabit.

“Dia (Zakir Naik) akan pulang dalam masa terdekat selepas selesai semua program di sana,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Akberdin memaklumkan Zakir Naik berada dalam keadaan selamat dan diberi layanan yang baik sepanjang berada di Muscat, Oman.

Menurutnya, penceramah terbabit turut mengirimkan pesanan memaklumkan beliau selamat dan berada di hotel.

“Zakir juga memaklumkan, laporan yang mendakwa penahanannya sekadar berita rekaan,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata, selepas itu dia akan pulang semula ke Malaysia namun tidak dapat diperincikan perjalanan pulang itu demi keselamatannya.

Media sebelum ini melaporkan penceramah bebas, Dr Zakir Naik yang menjadi buruan di India tiba di Muscat, Oman bagi menyampaikan ceramahnya selepas tarawih pada malam semalam dan esok.

Zakir Naik yang menetap di Malaysia, berdepan dakwaan mahkamah di India, berhubung pengubahan wang haram, menyokong aktiviti keganasan dan mencetuskan ketegangan agama.

Malah Kerajaan India pernah menghantar permohonan rasmi bagi mengekstradisinya pada Januari 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here