Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bapa tiri direman kes dera anak di Arau -

Bapa tiri direman kes dera anak di Arau

SEORANG lelaki direman hingga 31 Mac ini bagi membantu siasatan kes dera membabitkan anak tirinya di Arau pada minggu lalu.

Suspek berusia 34 tahun direman selepas ditahan di rumahnya dalam daerah ini semalam.

Sumber berkata, kejadian dera itu disedari pada 22 Mac lalu oleh seorang guru wanita sebuah tabika di Jejawi, di sini yang mendapati terdapat kesan lebam dan berbirat seolah seperti dirotan pada badan seorang murid perempuannya yang berusia enam tahun.

“Guru itu kemudian bertanyakan kepada kanak-kanak itu mengenai kesan lebam dan birat berkenaan dan murid itu memberitahunya bahawa dia dipukul oleh ‘Abi’ yang juga panggilan terhadap bapa tirinya.

“Selanjutnya, guru itu kemudian menghubungi ibu mangsa dan dimaklumkan bahawa mereka berdua (ibu dan mangsa) turut menjadi mangsa dera suspek,” katanya lapor Berita Harian.

Guru berkenaan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi panggilan talian Kasih. Guru itu kemudian dinasihatkan untuk membuat laporan polis dan selepas laporan polis dibuat, polis menahan suspek,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Ahmad Mohsin Md Rodi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.