Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Seorang tidak sedarkan diri, 4 selamat terhidu gas beracun -

Seorang tidak sedarkan diri, 4 selamat terhidu gas beracun

SEORANG lelaki tidak sedarkan diri, manakala empat rakannya selamat selepas terhidu gas beracun dipercayai daripada tong berisi ikan yang busuk di kawasan jeti di Sepanggar, Kota Kinabalu pada malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Jirol Carumpi, 23, ditemukan tidak sedarkan diri, manakala empat lagi rakannya dikenali sebagai, Jolito Araza, 38, Riswan dan Muhammad Mufli masing-masing berusia 27 tahun serta Sahril, 19, segera dikejarkan ke hospital.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, seramai 15 anggota bomba dikejar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.26 malam.

“Sebaik tiba, terdapat gas beracun berpunca daripada sebuah tong berisi ikan yang busuk.

“Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) melakukan pemeriksa kawasan tersebut untuk mendapatkan Data Keselamatan Bahan (MSDS), namun tidak mengesan apa-apa bahan kimia,” katanya dalam kenyataan pada Ahad lapor Sinar Harian.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan terdapat lima mangsa dilaporkan terlibat dikeluarkan oleh pasukan Hazmat Bomba.

“Terdapat lima mangsa dilaporkan terbabit dikeluarkan oleh pasukan Hazmat. Seorang daripada mangsa tidak sedarkan diri dan diserahkan kepada ambulans untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Empat lagi selamat dan turut dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya.

Operasi ditamatkan jam 10.08 malam.