Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dibayar kepada penjawat awam 17 April ini -

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dibayar kepada penjawat awam 17 April ini

PENJAWAT awam yang layak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 pada 17 April ini.

Semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan 87 kontrak akan menerima RM700.

BKKA sebanyak RM350 pula akan diberikan kepada pesara perkhidmatan awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Zulkapli Mohamed, berkata BKKA tahun ini turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesaran Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

“Bagi pesara dan veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara dan masih berkhidmat pada 17 April 2023 layak menerima RM700,” katanya dalam satu kenyatan, lapor Astro AWANI.

BKKA adalah bantuan hari raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Ketika membentangkan Belanjawan 2023 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan, pemberian BKKA adalah satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu penjawat awam membuat perancangan dan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya.