Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pesta Thai Hot Guy: Bersatu bakal lapor polis, Amanah hantar bantahan pada DBKL -

Pesta Thai Hot Guy: Bersatu bakal lapor polis, Amanah hantar bantahan pada DBKL

PARTI-parti Melayu-Islam tidak kira pembangkang dan kerajaan hari ini senada membantah acara pembukaan sebuah kelab malam di Kuala Lumpur yang menampilkan lelaki berpakaian dalam wanita “Thai Hot Guy.

Selepas bantahan PAS pagi ini, Pemuda Amanah turut tampil melakukan perkara sama manakala Pemuda Bersatu pula akan membuat laporan polis sebentar lagi.

Menyifatkan acara itu sebagai “jijik, bidab dan tidak menghormati Ramadan”.

Ketua Pemuda Amanah Mohd Hasbie Muda berkata mereka akan menghantar surat bantahan kepada Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur  (DBKL)

Katanya, mereka akan memohon DBKL menguatkuasakan larangan acara terbabit serta acara seumpama ini pada masa-masa yang akan datang.

“Pemuda Amanah percaya kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan DBKL akan mengambil langkah-langkah tegas menangani hal ini,” katanya, lapor MalaysiaKini.

PAS pagi ini menggesa pihak berkuasa terutamanya DBKL menimbang semula kebenaran untuk acara pembukaan sebuah kelab malam pada 30 Mac ini.

Acara itu antara lain menampilkan lelaki sasa Thai berpakaian dalam wanita yang digelar sebagai Thai Hot Guy.

Setiausaha agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata acara itu “keterlaluan, tidak sensitif, tidak bermoral, malah menjijikkan”, apatah lagi ketika Ramadan.

PAS juga juga tidak puas hati dengan penggunaan nama bekas perdana menteri kedua Tun Razak oleh kelab itu.

Sementara itu, Pemuda Bersatu pula memberitahu media bahawa mereka akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.

Mereka mendakwa acara itu mempunyai unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Laporan polis akan dibuat oleh exco Pemuda Bersatu Harris Idaham Rashid.