USAHA Pejuang untuk mendapatkan keselamatan politik yang lebih terjamin dengan menyertai Perikatan Nasional (PN) gagal.
Majlis Tertinggi PN hari ini memutuskan untuk menolak permohonan Pejuang untuk menyertai gabungan itu.
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat semasa mesyuarat semalam.
“Majlis Tertinggi telah membuat keputusan menolak permohonan kemasukan parti Pejuang Tanahair ke Perikatan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, lapor MalaysiaKini.
Hamzah tidak memberikan sebarang alasan mengapa gabungan berkenaan memutuskan untuk menolak Pejuang.
Kenyataan itu uga tidak menyebut tentang Gerakan Tanah Air (GTA) yang juga dilaporkan berhasrat untuk menyertai PN.
Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku pengerusi PN dan dihadiri oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.