Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tze Yong terkandas pada suku akhir All England -

Tze Yong terkandas pada suku akhir All England

PERJALANAN pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terhenti pada peringkat suku akhir kejohanan badminton All England awal pagi tadi.

Pemain ranking dunia ke-28 itu, ditunjukkan jalan keluar apabila tewas 11-21, 11-21 kepada pemain China, Li Shi Feng selepas pertarungan selama 41 minit di Utilita Arena, Birmingham.

Keputusan itu menyaksikan Tze Yong masih gagal mendapatkan formula untuk mengatasi pemain China itu, apabila telah tewas dalam kesemua empat pertemuan antara mereka sejak 2017.

Shi Feng, pemain di tangga ke-14 dunia, seterusnya akan bertemu Anders Antonsen dari Denmark, yang menyingkirkan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia 21-14, 19-21, 21-17.

Tze Yong sebelum ini mencipta kejutan besar apabila menewaskan juara bertahan dan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark untuk mara ke pusingan suku akhir.

Kini, pemain profesional Lee Zii Jia, yang menewaskan pemain meningkat naik Jepun Kodai Naraoka 21-9, 10-21, 21-13 malam tadi, menjadi wakil tunggal Malaysia pada kejohanan berprestij itu.

Zii Jia yang berada pada kedudukan nombor empat dunia akan berdepan Shi Yu Qi (ranking ke-13) dari China, yang mudah mengalahkan rakan sepasukan Weng Hong Yang 21-9, 21-16.

— BERNAMA