Amaran hujan lebat di Sarawak, Perak hingga malam ini

0
221

HUJAN lebat beserta ribut petir dan angin kencang dijangka di Perak membabitkan kawasan Kampar dan Batang Padang sehingga jam 8 malam hari ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebook turut mengeluarkan amaran yang sama bagi Sarawak membabitkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong dan Sarikei (Pakan, Meradong).

Selain itu, Sibu (Sibu dan Selangau), Miri (Subis, Beluru, Marudi) serta Limbang.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya, lapor BH Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here