Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Situasi banjir di Johor makin baik, mangsa berkurangan kepada 36,086 orang -

Situasi banjir di Johor makin baik, mangsa berkurangan kepada 36,086 orang

SITUASI banjir di Johor semakin menunjukkan tanda pulih dengan jumlah mangsa terus berkurangan kepada 36,086 orang setakat 8 pagi ini berbanding 37,503 orang direkodkan pada 8 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan sebanyak 10,157 keluarga masih ditempatkan di 116 pusat pemindahan sementara di empat daerah.

“Batu Pahat mencatatkan mangsa teramai iaitu 35,849 orang diikuti Muar (111), Segamat (102) dan Tangkak (24),” menurut kenyataan itu.

JPBN memaklumkan dua sungai di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok setinggi 19.24 meter dan Sungai Senggarang di Senggarang setinggi 3.58 meter.

Cuaca diramalkan cerah di kesemua 10 daerah pada pagi ini.

— BERNAMA