Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dua sahabat maut kereta bertembung lori -

Dua sahabat maut kereta bertembung lori

DUA sahabat maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kulim-Mahang berhampiran Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Karangan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, mengakibatkan pemandu kereta Proton Wira, Muhammad Syahmie Irfan Syaharudin, 22, dan seorang penumpang wanita meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun polis belum mengenal pasti identiti penumpang wanita terbabit.

“Siasatan awal mendapati kereta dinaiki dua mangsa itu dalam perjalanan dari arah Sungai Kob menghala ke Mahang, manakala lori kargo dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun pula datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Redzuan berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa disyaki masuk ke laluan bertentangan selepas melalui satu selekoh sebelum melanggar bucu hadapan sebelah kanan lori yang bergerak di laluannya.

Katanya, akibat pertembungan itu, pemandu dan penumpang hadapan kereta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di lokasi kejadian.

Mayat kedua-dua mangsa di hantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 lapor Astro AWANI.