Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dakwaan pimpinan Pas tak hadir PAT Bersatu tersasar -

Dakwaan pimpinan Pas tak hadir PAT Bersatu tersasar

DAKWAAN pimpinan Pas tidak menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kali Kelima Tahun 2022 hujung minggu lalu adalah tidak tepat.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Najihatussalehah Ahmad, tidak dinafikan ramai pimpinan yang tidak dapat hadir tetapi masih ada yang memenuhi jemputan tersebut.

“Nuridah (Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia) dan Dr Nurul Hani Ali (Setiausaha Dewan Muslimat Pas Malaysia hadir ke majlis Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu semalam.

“Pada masa yang sama pimpinan Ameerah pusat juga turut hadir dalam Mesyuarat Agung Srikandi Muda Bersatu,” katanya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, ada media membuat spekulasi kononnya ketiadaan pemimpin PAS pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kerana ingin keluar daripada Perikatan Nasional.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menjelaskan, pemimpin Pas tidak dapat hadir pada perhimpunan berkenaan disebabkan terpaksa memenuhi mesyuarat agung tahunan di kawasan masing-masing.

“Sememangnya banyak kawasan yang terlibat dengan mesyuarat agung Pas kawasan tapi alhamdulillah (ada sesetengah) pimpinan Pas dapat juga menghadirkan diri ke Perhimpunan Agung Bersatu semalam,” kata Najihah.