TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata Lim Guan Eng merupakan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab ke atas LHDN ketika agensi percukaian itu mengenakan semula cukai dan cukai penalti 45% ke atas Yayasan Al-Bukhary.
“Oleh itu, beliau bertanggungjawab terhadap keputusan untuk mengenakan semula cukai dan cukai penalti 45% ke atas Yayasan Al-Bukhary yang merupakan sebuah pertubuhan yang melakukan kerja-kerja amal Islam,” katanya sebagai reaksi kepada kenyataan media Guan Eng sebelum ini.
Berikut kenyataan penuh Muhyiddin yang disiarkan di Facebooknya pada Sabtu.
KENYATAAN MEDIA
Saya merujuk kepada beberapa kenyataan media oleh Lim Guan Eng berkaitan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Al Bukhary. Lim Guan Eng tidak menyentuh langsung intipati apa yang telah saya katakan.
Saya menerima surat rayuan daripada Yayasan Al-Bukhary semasa saya menjadi Perdana Menteri. Saya dimaklumkan bahawa pihak yayasan telah menerima pengecualian cukai untuk kerja-kerja amal Islam. Pengecualian cukai tersebut diberikan di bawah S.127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Selepas Pakatan Harapan mengambil alih kuasa pada bulan Mei 2018, Lembaga Hasil Dalam Negeri enggan melaksanakan pengecualian cukai yang telah diberikan sebelum ini dengan mengenakan semula cukai berserta 45% cukai penalti terhadap Yayasan Al-Bukhary.
Lim Guan Eng merupakan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab ke atas LHDN pada masa itu. Oleh itu, beliau bertanggungjawab terhadap keputusan untuk mengenakan semula cukai dan cukai penalti 45% ke atas Yayasan Al-Bukhary yang merupakan sebuah pertubuhan yang melakukan kerja-kerja amal Islam.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.