Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhyiddin tiba di ibu pejabat SPRM -

Muhyiddin tiba di ibu pejabat SPRM

KENDERAAN yang membawa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, sekitar pukul 11.15 pagi.

Ketibaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Bersatu itu diiringi ratusan penyokong beliau serta beberapa Ahli Parlimen dan pemimpin PN.

Antara pemimpin PN yang turut hadir memberi sokongan kepada Muhyiddin ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Naib Presiden Bersatu yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin serta Ahli Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali.

Tidak ketinggalan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.

Alunan selawat oleh penyokong-penyokong dan pemimpin-pemimpin PN berkumandang semasa kenderaan yang membawa Muhyiddin masuk ke ibu pejabat SPRM sekitar pukul 11.22 pagi.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu hadir untuk memberi keterangan kepada SPRM dipercayai melibatkan projek Jana Wibawa.

Pada Khamis, Presiden Bersatu itu mengesahkan beliau telah dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan.

Sebelum ketibaan Muhyiddin di ibu pejabat SPRM, penyokong-penyokong beliau mengedarkan baju tertera perkataan ‘PN Best’ dan gambar bekas Perdana Menteri itu.

Baju berwarna putih itu diedarkan kepada mereka yang berkumpul di hadapan ibu pejabat SPRM dan dipakai sebagai tanda solidariti kepada Muhyiddin.

Sejak beberapa minggu lalu, tumpuan terarah pada isu penyalahgunaan dana Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Beberapa pemimpin parti Bersatu telah dihadapkan ke mahkamah termasuk Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang berdepan dua peruduhan meminta dan menerima rasuah sebanyak RM6.9 juta pada 2002.

Turut diheret ke pengadilan ialah Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad.

Tuduhan-tuduhan ke atas mereka berkaitan skim Jana Wibawa iaitu inisiatif untuk mempercepat penyampaian projek bagi merangsang pemulihan ekonomi selepas COVID-19 lapor Astro AWANI.