‘Apa dah jadi dengan UMNO, diheret pula menteri KDN’

0
176

“APA dah jadi dgn UMNO ni?” begitu soal bekas naib presiden yang digantung keanggotaan parti Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Anggota parlimen Sembrong itu berkata demikian dalam komen terhadap status bekas ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang telah dipecat, ketika mengulas pengecualian kepada UMNO daripada diharamkan.

Dalam status video itu, Khairy berkata keputusan Menteri Dalam NegeriDatuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menunjukkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sememangnya memutuskan keputusan UMNO tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO sebagai tidak sah.

Sementara itu, Hishammuddin yang terpalit kontroversi memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, berkata UMNO kali ini mengheret menteri dalam negeri pula.

“Sekarang diheret pula Menteri KDN. 

“Inilah sebab kita dipecat dan digantung – just in case menteri tak bagi pengecualian!” katanya Lapor Malaysiakini.

Hishammuddin selama ini disebut-sebut berkemungkinan bertanding jawatan tertinggi UMNO bersama bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, walaupun tidak pernah mengisytiharkan secara terbuka.

Khairy pula memang telah menyatakan mahu mencabar Presiden Datuk Seri Zahid Hamidi tetapi tidak dapat lagi berbuat demikian setelah dipecat daripada parti.

Semalam Saifuddin menggunakan kuasa budi bicaranya untuk mengecualikan UMNO daripada dibatalkan pendaftaran.

Pada 20 Jan lalu, dua anggota UMNO memfailkan notis bantahan kepada ROS berhubung ketetapan tidak mempertandingkan dua jawatan utama parti.

Tindakan itu didakwa tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Bagaimanapun ini  bukan kali pertama dua jawatan itu tidak dipertandingkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here