Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hala tuju ekonomi pentadbiran Anwar masih belum jelas - Shahril Hamdan -

Hala tuju ekonomi pentadbiran Anwar masih belum jelas – Shahril Hamdan

BEKAS ketua penerangan Umno Shahril Hamdan mempersoalkan hala tuju ekonomi pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jenis pelaburan yang ia inginkan.

Shahril, dalam temubual podcast “Keluar Sekejap” bersama bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, berkata hala tuju ekonomi “masih belum jelas”.

“Saya nak dengar, misalnya, sektor apakah yang kita nak tumpu,” kata Shahril. “Saya nak dengar, misalnya, perdana menteri menyentuh bahawa inilah jenis pelaburan yang hendak kita tarik, apakah kriteria-kriteria yang kita akan pentingkan.”

“Butiran-butiran ini belum ada lagi, tidak apa, baharu 100 hari, tetapi kita mesti ada dalam tempoh enam bulan pertama,” kata Shahril, yang pernah berkhidmat sebagai pengarah ekonomi di Pejabat Perdana Menteri semasa pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

Shahril antara ahli Umno yang digantung keahlian selama enam tahun, manakala keahlian Khairy dipecat parti atas pelanggaran disiplin parti kerana kesalahan sewaktu PRU15.

Sementara itu, Khairy mahu kerajaan mengesahkan semula rangka kerja dasar pertahanan dan luar negeri, berlatarkan geolitik sejagat yang sangat tidak menentu.

Bekas menteri itu juga menyeru kerajaan menyatakan rancangannya untuk menstruktur semula program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

“Bagi saya ini amat penting untuk sumber manusia masa depan. Adakah penstrukturan semula TVET benar-benar akan berlaku?” kata Khairy, lapor FMT.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pada Januari berkata kementeriannya sedia membantu Kementerian Sumber Manusia menstruktur semula program TVET – yang kini dilaksana pelbagai kementerian dengan program masing-masing.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan semalam berkata kementeriannya akan melancarkan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara tahun ini, sebagai kerangka perundangan yang teratur untuk industri pertahanan.