Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis tumpas sindiket bangunkan perisian perjudian, 39 ditahan -

Polis tumpas sindiket bangunkan perisian perjudian, 39 ditahan

POLIS menumpaskan satu sindiket membangunkan dan menyelenggara laman web dan aplikasi perjudian dengan penahanan 39 anggota sindiket itu di sekitar ibu kota pada 28 Feb lepas.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata semua yang ditahan berusia lingkungan 23 hingga 49 tahun melibatkan 22 lelaki dan 10 wanita tempatan, lima lelaki dan dua wanita warga asing.

“Berdasarkan maklumat risikan, sindiket ini beroperasi di sebalik dua syarikat teknologi maklumat dan pengaturcaraan komputer bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Selain itu syarikat itu turut menawarkan perkhidmatan membangunkan laman web yang mengumpulkan pelbagai jenis permainan secara dalam talian dan aplikasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam serbuan berkenaan polis merampas antaranya 30 unit komputer riba, sembilan unit komputer, 47 telefon bimbit dan sekeping pasport.

Katanya kesemua mereka direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 4 (1) (c) dan 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“PDRM sentiasa komited dalam menjalankan siasatan dan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan judi dalam talian dan pada masa yang sama, orang ramai juga perlu memainkan peranan dalam menyekat aktiviti promosi judi dalam talian di laman sosial dengan menyalurkan maklumat kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya.

— BERNAMA