Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemimpin Bersatu bantah permohonan Pejuang sertai PN -

Pemimpin Bersatu bantah permohonan Pejuang sertai PN

SEORANG Pemimpin Bersatu membantah permohonan Pejuang untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), sambil mengkritik Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku presiden parti itu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman, berkata beliau secara peribadi menolak penyertaan Pejuang dalam PN yang dianggap tindakan “terdesak, oportunis dan tiada prinsip” susulan kalah teruk pada PRU15.

Semua calon Pejuang, termasuk Mukhriz dan bekas pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad hilang deposit pada PRU15.

Dalam hantaran di Facebook, Faiz berkata, beliau ada menghantar mesej kepada Mukhriz sebelum PRU15 mengajak bersama PN berdepan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, beliau berkata jawapan Mukhriz menimbulkan kemarahannya selepas bekas menteri besar Kedah itu membalas: “Sekarang baru nak fikir ego”.

Faiz juga ada memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Mukhriz dalam hantaran itu.

Terdahulu, Mukhriz berkata, Majlis Eksekutif Pusat Pejuang memutuskan parti itu memohon menyertai gabungan diterajui Muhyiddin Yassin.

Katanya, tidak memadai jika kerjasama berbentuk pakatan pilihan raya semata-mata hanya untuk tujuan mengelak daripada pertindihan kerusi ditandingi.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata beliau belum menerima apa-apa maklumat mengenai permohonan Pejuang menyertai PN.

“Sudah pasti ia akan dibincangkan dengan parti komponen lain dan PN akan membuat keputusan,” katanya, lapor FMT.