Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jalan runtuh, lebih 5,000 penduduk Felda Selancar terperangkap -

Jalan runtuh, lebih 5,000 penduduk Felda Selancar terperangkap

HUJAN lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan lebih 5,000 penduduk di Felda Selancar, Rompin, Pahang, terputus hubungan susulan laluan utama ke kawasan itu runtuh, awal pagi tadi.

Lebih buruk, laluan alternatif ke kawasan melibatkan 10 tanah rancangan itu turut ditenggelami air dan tidak dapat dilalui semua kenderaan.

Difahamkan, hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa lokasi di tanah rancangan bersempadan Segamat, Johor itu ditenggelami air, menurut Utusan Malaysia.

Ketua Polis Rompin, Azahari Mukhtar, berkata jalan utama Felda Selancar ditutup kedua-dua arah ekoran jalan tersebut runtuh akibat limpahan air deras berikutan hujan lebat.

“Jalan Selancar 3 menuju ke Felda Redong juga ditutup untuk semua kenderaan kerana dinaiki air sedalam 0.9m,” katanya.