Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hantar gambar lucah di telegram, penganggur didenda RM8,000 -

Hantar gambar lucah di telegram, penganggur didenda RM8,000

SEORANG penganggur didenda RM8,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana menghantar komunikasi lucah melalui aplikasi Telegram, dua tahun lalu.

Hakim Nazlyza Mohamad Nazri menjatuhi hukuman itu terhadap Ahmad Fais Ibrahim, 34, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Fais didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar lucah, dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan perkhidmatan aplikasi Telegram.

Perbuatan tersebut telah dilihat pada 3.54 petang, 23 Feb 2021, di Kampung Baru Seberang Takir di Kuala Nerus.

Berikutan itu, dia telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.

Hukuman bagi kesalahan itu adalah denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Nur Nazhzilah Mohammad Hashim manakala Ahmad Fais diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.

BERNAMA