Bersatu akan jawab surat tuntutan BN

0
133

DATUK Wan Saiful Wan Jan menegaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengikut proses sewajarnya bagi menjawab tuntutan Barisan Nasional (BN) terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang baharu meletak jawatan sebagai bekas Ketua Penerangan Bersatu berkata, tindakan Barisan Nasional (BN) menghantar surat tuntutan (LOD) itu sebagai regresif dan menindas.

“Pihak kita sudah pasti akan jawab ikut proses yang biasa dan bagi saya, ini adalah usaha untuk ‘senyapkan’ mereka yang mengkritik kerajaan dengan menggunakan saluran perundangan. Satu perkara yang regresif dan menindas.

“Dahulu ramai tokoh politik bantah apabila dilaksanakan Operasi Lalang, sekarang lebih kurang sama, sikit-sikit kena panggil,” katanya kepada Sinar Harian selepas program Sinar Live di bangunan Parlimen pada Selasa.

Media pada Isnin melaporkan, BN mendesak Muhyiddin dan Mohamed Azmin menarik balik dan memohon maaf secara terbuka kerana menuduh Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai lalang dan perancang pertuduhan kes rasuah melibatkan Wan Saiful.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mendakwa, kes kluster mahkamah melibatkan pemimpin Bersatu didalangi Ahmad Zahid yang dipercayai antara usaha BN dan Pakatan Harapan (PH) untuk melumpuhkan parti itu setelah melihat sokongan kepada Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) semakin kuat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada 21 Febuari lalu, Wan Saiful mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan kes rasuah bagi projek Central Spine Road (CSR) bernlai RM232 juta tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here