Azalina calon wanita tunggal tanding Naib Presiden UMNO

0
179

PERSOALAN Datuk Seri Azalina Othman Said bertanding Naib Presiden UMNO akhirnya terjawab selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) itu secara rasmi menghantar borang pencalonannya hari ini.

Perkembangan itu menyaksikan lapan nama telah menghantar borang pencalonan bagi merebut tiga kekosongan jawatan Naib Presiden UMNO seperti diperuntukan dalam Perlembagaan parti.

Azalina yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi umno menyerahkan borang pencalonan bertanding Naib Presiden UMNO di Auditorium UMNO Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Selain Azalina, terdapat tujuh calon menawarkan diri sebagai Naib Presiden antaranya Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selain mereka, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di samping dua penyandang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Bagaimanapun seorang lagi penyandang jawatan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan sama ada akan mempertahan jawatan ataupun tidak.

Proses pencalonan bagi pemilihan parti itu di peringkat Pusat dan seluruh bahagian berakhir pukul 5 petang esok lapor Utusan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here