Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tujuh maut selepas Siklon Freddy badai Madagascar -

Tujuh maut selepas Siklon Freddy badai Madagascar

ANGKA kematian akibat Siklon Tropika Freddy kini meningkat kepada tujuh orang, manakala lebih 13,000 lagi hilang tempat tinggal, menurut Pejabat Pengurusan Risiko Bencana Negara (BNGRC) pada Khamis.

Seramai 68,809 orang di tujuh wilayah dilaporkan terjejas, manakala lebih 12,000 kediaman dinaiki air atau rosak, dan 1,206 lagi musnah, lapor Xinhua.

“Kami dan rakan kemanusiaan kami menyokong kerajaan dalam tindak balas kemanusiaan dan telah menyalurkan bantuan kepada kira-kira 7,000 mangsa,” kata ketua jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres, Stephane Dujarric.

Jurucakap itu juga berkata agensi-agensi kemanusiaan akan mula mengagihkan wang tunai dan bantuan pendidikan pada minggu depan.

Siklon Tropika Freddy melanda tenggara negara itu sebelum bergerak ke arah barat daya.

— BERNAMA