Noraini pertahan kerusi Ketua Wanita UMNO, hadapi Shahrizat

0
198

KETUA Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Perkara itu disahkan oleh pegawai Ahli Parlimen Parit Sulong yang dihubungi FMT.

Terdahulu, Noraini menyerahkan borang pencalonannya di ibu pejabat UMNO di ibu negara pagi tadi.

Beliau dijangka dicabar bekas ketua sayap, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Sebelum ini, Shahrizat mengesahkan bertanding jawatan ketua Wanita pada 17 Feb lepas, dengan visi untuk memperkukuh dan melebarkan sayap itu.

Noraini menggalas jawatan ketua Wanita sejak 2018, mengambil alih daripada Shahrizat yang memimpin sayap itu dari 2009 hingga 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here