Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Belanjawan 2023: Isi rumah B40 terima STR cecah RM2,500 -

Belanjawan 2023: Isi rumah B40 terima STR cecah RM2,500

ISI rumah berpendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan hingga RM2,500 bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bergantung pada bilangan anak.

Ini sebahagian daripada pembaharuan dilaksanakan bawah Belanjawan 2023 supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR.

Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

Sumbangan itu akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.

“Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan hingga maksimum RM3,100,” katanya.

Secara keseluruhan, STR akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima membabitkan peruntukan hampir RM8 bilion.

“Walaupun STR dikaitkan sebagai bantuan kepada B40 tetapi mengambil kira bilangan penerima, sebenarnya STR sudah memanfaatkan lebih 60 peratus daripada rakyat dewasa negara ini,” katanya lapor BH.

Bagi dua juta belia berumur 18 hingga 20 tahun pula, kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 membabitkan peruntukan RM400 juta.