Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN: PN dalam proses muktamadkan pembahagian kerusi -

PRN: PN dalam proses muktamadkan pembahagian kerusi

PERIKATAN Nasional (PN) masih dalam proses memuktamadkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan parti komponennya di enam negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perbincangan antara parti-parti komponen berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.

“Masih belum dimuktamadkan, tetapi kami sudah beberapa kali bincang kerusi-kerusi yang akan diagihkan kepada parti-parti dalam PN. (Perbincangan) kami macam adik-beradik (tiada masalah),” katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen hari ini.

Hamzah berkata, PN juga akan membincangkan mengenai penggunaan logo yang bersesuaian di negeri-negeri yang ditadbir PAS iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Semalam, menteri besar dan ketua menteri dari enam negeri mencapai kata sepakat untuk menimbangkan pembubaran DUN masing-masing dalam dua minggu terakhir pada Jun nanti bagi memberi laluan kepada PRN tahun ini.

Dalam pada itu mengulas laporan mengenai Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dikatakan meminta PN memperuntukkan sejumlah kerusi kepada parti itu, Hamzah berkata ia menunjukkan bekas menteri besar Kedah itu sedang berada dalam keadaan terdesak. – Bernama