Syed Saddiq mula bela diri empat pertuduhan kes RM1 juta

AHLI Parlimen Muar yang juga Presiden Perikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di mahkamah Jalan Duta sekitar jam 9.18 pagi tadi (22 Februari 2023), menjelang perbicaraan pertuduhan pengubahan wang haramnya.

Dia ditemani ibu bapanya, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Alsagoff serta beberapa rakan dan penyokong.

Syed Saddiq dijangka memberi keterangan membela diri secara bersumpah dari kandang saksi, terhadap keempat-empat pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), penyelewengan aset dan pengubahan wang haram di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid pada jam 9.30 pagi.

Pasukan pendakwaan memaklumkan, mereka sudah menerima pernyataan Syed Saddiq pada Sabtu lalu.

Syed Saddiq dijangka memberi keterangan membela diri secara bersumpah dari kandang saksi, terhadap keempat-empat pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), penyelewengan aset dan pengubahan wang haram di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid pada jam 9.30 pagi.

Pasukan pendakwaan memaklumkan, mereka sudah menerima pernyataan Syed Saddiq pada Sabtu lalu.Pada prosiding bela diri hari ini, selepas membaca dokumen itu, Syed Saddiq, 31, akan disoal peguam bela dalam pemeriksaan utama, sebelum disusuli dengan pemeriksaan balas oleh pasukan pendakwaan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada Bersatu yang diamanahkan dana Armada berjumlah RM1 juta, telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di Kuala Lumpir pada 6 Mac 2020.

Menurut laporan Agenda Daily, Syed Syaddiq didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, pihak pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Mohd ‘Afif Ali, Muhammad Asraf Mohamed Tahir, Noor Syafina Mohd Radzuan dan Mohd Shahrom Idris.Manakala Syed Saddiq dibela oleh pasukan peguam bela yang terdiri daripada Gobind Singh Deo; Datuk S Ambiga; Haijan Omar dan Lim Wei Jeit.