Jana Wibawa: Zafrul sudah beri keterangan kepada SPRM

0
183

TENGKU Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, beliau telah memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung program Jana Wibawa.

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, beliau telah memberikan keterangan kepada SPRM petang semalam.

“Saya ingin mengesahkan bahawa saya telah memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan Program Jana Wibawa kepada SPRM lewat petang semalam.

“Saya akan terus memberi kerjasama kepada mana-mana pihak berkuasa jika diperlukan,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini, lapor FMT.

Program Jana Wibawa ialah inisiatif rangsangan Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera.

Program tersebut terpalit dengan kontroversi selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kos bagi sesetengah projek terlalu tinggi. Projek-projek tersebut, katanya, diluluskan tanpa melalui proses tender.

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini mendedahkan bahawa projek tersebut dicadangkan oleh Tengku Zafrul ketika menjadi menteri kewangan, dan beliau mempersetujuinya.

Awal hari ini, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah menerima rasuah berjumlah hampir RM7 juta berhubung program Jana Wibawa. Dia juga didakwa meminta jumlah yang tidak dinyatakan untuk projek jalan raya bernilai RM232 juta.

Wan Saiful dan ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad ditahan oleh SPRM semalam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here