Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kerugian angkara 'scammer' cecah RM52.4 juta -

Kerugian angkara ‘scammer’ cecah RM52.4 juta

NATIONAL Scam Response Center (NSRC) merekodkan kerugian sejumlah RM52.4 juta akibat sindiket penipuan dalam talian di Malaysia.

Pengarah Bahagian Operasi Bersepadu Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Md Zainizam Mat Jenu berkata, rekod yang dicatatkan itu adalah berdasarkan keseluruhan laporan yang diterima semenjak Oktober 2022 hingga Januari lalu.

Ujar beliau, sepanjang tempoh itu pihak NSRC telah menerima 16,752 panggilan yang mana 6,277 daripadanya merupakan aduan berhubung kes penipuan dalam talian.

“Hasil laporan itu turut mendapati sebanyak 12,877 akaun bank disyaki sebagai keldai akaun.

“Saya ingin ingatkan kepada mereka yang sengaja menjual atau menyewakan akaun mereka kepada pihak-pihak sindiket ini, sekiranya berlaku apa-apa, anda boleh didakwa di mahkamah,” katanya semasa Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 di Menara Digi Celcom di sini pada Sabtu.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Datuk Ahmad Noordin Ismail dan Ketua Bahagian (Memangku) Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber CyberSecurity Malaysia (CSM), Mohd Zabri Adil Talib.

Md Zainizam menambah, kewujudan keldai akaun tersebut memberi sedikit kerumitan kepada pihak berkuasa dalam menjejaki sindiket berkenaan kerana ia berupaya menghilangkan jejak jenayah mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau menyatakan yang kerajaan kini sedang berusaha mewujudkan satu akta bagi pengurusan harta sindiket yang berjaya dibekukan.

“Sekiranya ia berjaya diluluskan, aset-aset itu akan digunakan kerajaan bagi kebajikan negara,” jelasnya lapor Sinar Harian.