Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Terengganu haramkan tayangan filem Pulau -

Terengganu haramkan tayangan filem Pulau

DEWAN Pemuda Pas Terengganu mempertahankan keputusan kerajaan negeri itu mengharamkan tayangan filem Pulau yang sepatutnya bermula pada 9 Mac depan.

Ketua Pemuda Pas Terengganu, Mohd Harun Esa berkata, keputusan tidak membenarkan tayangan filem itu di semua pawagam di negeri ini tepat berdasarkan garis panduan pelaksanaan aktiviti seni dan hiburan ditetapkan sebelum ini.

“Ia isyarat jelas kepada penggiat seni dan hiburan agar mematuhi Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Terengganu.

“Saya juga mencadangkan negeri-negeri lain juga mengambil langkah sama sebagai isyarat menolak budaya tidak senonoh dan adegan melampau yang dikhuatiri merosakkan minda bangsa Malaysia,” katanya di Kuala Terengganu hari ini, lapor Kosmo!.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan negeri Terengganu mengharamkan tayangan filem Pulau di semua tiga buah pawagam yang terdapat di negeri tersebut.

Sebelum ini, trailer filem Pulau yang dimuat naik di laman Youtube baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi apabila mengandungi adegan panas, selain menampilkan pelakon wanita berbikini.

Sementara itu, penerbit filem Pulau, Fred Chong dipetik sebagai berkata, keputusan kerajaan negeri Terengganu tersebut membimbangkan kerana boleh mempengaruhi kerajaan negeri lain mengambil tindakan sama.