Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penghantar makanan mengaku ambil gambar, video wanita mandi -

Penghantar makanan mengaku ambil gambar, video wanita mandi

SEORANG penghantar makanan didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini selepas mengaku bersalah mengambil gambar dan video seorang wanita sedang mandi, bulan lalu.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd Khalis Rusli, 32, kerana mengaibkan kehormatan wanita berusia 28 tahun itu dengan mengambil gambar dan video mangsa sedang mandi melalui telefon bimbit di tingkat sembilan unit pangsapuri di Kuala Lumpur, pada 3 pagi, 13 Januari lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Mohd Khalis, yang tidak diwakili peguam, merayu denda paling minimum kerana dia baru sahaja mendapat kerja awal bulan ini dan perlu menanggung ibu bapa serta adik-beradiknya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aisyah Mohamed Zanyuin mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana tindakannya telah mengaibkan mangsa selain perlu mengambil kira keselamatan masyarakat. – Bernama