Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhyiddin tolak langkah MOF beri PMO kuasa pilih kontraktor -

Muhyiddin tolak langkah MOF beri PMO kuasa pilih kontraktor

BEKAS perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu Pejabat Perdana Menteri (PMO) diberi kuasa oleh Kementerian Kewangan (MOF) bagi menilai dan memilih syarikat yang bersaing untuk mendapatkan kontrak kerajaan bagi memperkasa kontraktor Bumiputera berprestasi tinggi semasa tempoh pasca pandemik.

Beliau dinamakan sebagai antara individu yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan menerima berjuta-juta ringgit sumbangan politik daripada kontraktor yang dianugerahkan projek semasa pentadbirannya.

Antara dakwaan pemimpin parti pemerintah ialah Bersatu menerima kira-kira RM300 juta daripada kontraktor sebagai ganjaran kepada kontrak oleh pentadbiran Muhyiddin, sebelum pentadbirannya digulingkan berikutan penarikan sokongan beberapa pemimpin Umno yang dirancang presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Muhyiddin, yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN), berulang kali menafikan salah laku seperti yang didakwa oleh pemimpin PKR dan Umno termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, siasatan akan membuktikan bahawa kewangan Bersatu adalah teratur selain memberi amaran tindakan pihak berkuasa yang menyasarkan parti pembangkang bagi mengganggu kewangan mereka menjelang enam pilihan raya negeri tahun ini akan menyebabkan kemarahan rakyat.

Siasatan tertumpu kepada Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (JanaWibawa), sebuah program diluluskan Kabinet pada November 2020. 

Ia dibentuk bagi memperkasakan syarikat Bumiputera bertaraf tiga hingga lima bintang, memenuhi piawaian Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan selain daripada keupayaan teknikal dan kewangan.

Di bawah JanaWibawa, yang diluluskan sebagai antara usaha memulihkan ekonomi pasca pandemik, kontrak diberikan melalui rundingan terus atau tender pra-kelayakan.

Matlamat utama JanaWibawa adalah untuk mempercepatkan kelulusan projek bagi memulihkan kesan ekonomi ke atas sektor bangunan  akibat sekatan Covid-19.

Tugas menilai syarikat yang layak untuk projek di bawah JanaWibawa diberikan kepada MOF.

Namun, sumber berkata MOF mahu PMO menjalankan tugas menilai dan memilih tersebut.

“Muhyiddin tak mahu. Hujahnya, bidang kuasa pemerolehan projek terletak di bawah MOF, bukannya perdana menteri,” kata sumber itu kepada MalaysiaNow, menambah yang perkara itu disampaikan kepada Asri Hamidon, ketua setiausaha perbendaharaan ketika itu.

“Tidak wajar pejabat PM pilih syarikat mana yang memenuhi kritria untuk projek. Waktu itu kuasa perdana menteri dan Kementerian Kewangan dipisahkan.

“Sejak itu, MOF kekal sebagai badan yang ditugaskan untuk menyemak semua kontraktor sebelum diberikan projek di bawah JanaWibawa,” tambah sumber itu, lapor MalaysiaNow.