Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Radzi persoal janji Anwar nak atasi kos sara hidup dalam dua minggu -

Radzi persoal janji Anwar nak atasi kos sara hidup dalam dua minggu

AHLI Parlimen Perikatan Nasional Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin menuntut janji kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) untuk mencari jalan menyelesaikan berkaitan peningkatan kos sara hidup yang membebankan rakyat.

“Jika kita ingat sewaktu peringkat awal YB Tambun (Anwar Ibrahim) menjadi perdana menteri, beliau menyebut memberi tempoh dua minggu untuk sediakan kertas kerja bagi menangani isu kos sara hidup rakyat.

“Sekarang dah lebih berminggu-minggu dan kita tidak melihat apakah satu pendekatan yang tuntas dalam menangani isu ini,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, lapor FMT.

Radzi turut menegur gabungan PH diketuai Anwar kerana memberi tanggapan semasa tempoh berkempen untuk PRU15 bahawa isu kos sara hidup “mudah diselesaikan”.

“Jadi mengapakah sampai hari ini, tidak ada sebarang tindakan yang menyeluruh diambil berkaitan hal ini?” soalnya lapor Agendadaily.

Pada 27 November lalu, Anwar berkata beliau memberi tempoh dua minggu kepada kementerian dan agensi berkaitan untuk menganalisis dan membincangkan subsidi disasarkan untuk rakyat.

Anwar berkata, keutamaan adalah untuk meringankan beban rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah memandangkan kenaikan harga barang dan kos sara hidup

Menurutnya, sebaik sahaja Jemaah Menteri dibentuk, menteri berkaitan akan berbincang berkenaan data yang didapati bersama pegawai mereka dan agensi bawah bidang kuasa sebelum membentangkan keputusan kepada Kabinet.