Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mayat lelaki ditemukan dipercayai mangsa lemas Sungai Pisang -

Mayat lelaki ditemukan dipercayai mangsa lemas Sungai Pisang

SATU mayat lelaki ditemukan di kunci air Sungai Kerdas, Gombak, Kuala Lumpur, hari ini dipercayai mangsa lemas Sungai Pisang, Batu 12, pada Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis dalam kenyataan berkata mayat ditemukan pada 10.34 pagi kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa mandi-manda.

Ahad lepas, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Pisang, Gombak manakala rakannya terselamat.

— BERNAMA