Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Konsep Malaysia Madani tidak jelas, kata Hamzah -

Konsep Malaysia Madani tidak jelas, kata Hamzah

KETUA Pembangkang Hamzah Zainudin hari ini mengingatkan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) perlu menjelaskan konsep dan idea Malaysia Madani supaya tidak timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat. 

Beliau berkata, tanpa penjelasan yang kukuh, konsep Madani yang diperkenalkan berisiko menyebabkan perpecahan khususnya melibatkan golongan ilmuan dan agamawan. 

Katanya, tidak dinafikan konsep Madani yang menekankan kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, ihsan dan rahmah adalah aspek yang baik dalam dasar tersebut. 

“Oleh itu, kalau elok pemimpinnya, eloklah bangsanya, tetapi kalau rosak pemimpinnya dengan membawa idealogi yang salah dan tidak bertanggungjawab.

“Maka musnahlah masa depan anak bangsa dan negara,” katanya dalam ucapan perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sempena pembukaan sidang Parlimen di Dewan Rakyat bermula semalam hingga 30 Mac ini, lapor MalaysiaNow.

Tambah Hamzah, golongan ilmuan dan agamawan mengesan elemen sekularisme, liberalisme dan pluralisme dalam konsep dan kerangka dasar Malaysia Madani apabila ianya didorong oleh pemikiran seperti Amartya Sen, Pico Mirandola, Ziauddin Sardar dan John Locke.

Katanya, fabrik sosial dalam Madani mengikut definasi Islam juga sudah dijelaskan dengan kukuh pemikir ulung seperti Al-Farabi menerusi istilah “Al-Madinah Al-Fadilah” sebagai reaksi balas kepada pandangan pemikir barat, Aristotle.

Selain itu, Ibnu Khaldun juga menulis tentang konsep dan epistimologi Madani dari sudut ilmu sosio politik menerusi kitab al-Muqaddimah. 

Atas sebab itu katanya, tanpa penjelasan yang baik, pertikaian demi pertikaian boleh berlaku sehingga mencabar kerajaan campuran untuk mencapai matlamat asal pengenalan konsep tersebut.