Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tun Mahathir tinggalkan Pejuang bersama 12 lagi ahli -

Tun Mahathir tinggalkan Pejuang bersama 12 lagi ahli

BEKAS Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau keluar parti itu bersama 12 lagi ahli lain hari ini.

Menerusi satu notis kepada Setiausaha Agung Pejuang Datuk Amiruddin Hamzah, keputusan itu dibuat berikutan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).

“Keputusan Pejuang memutus hubungan dengan GTA secara langsung menyingkir kami daripada kekal sebagai ahli apabila kami bertindak meneruskan perjuangan di atas landasan GTA.

Bagi kami matlamat perjuangan GTA adalah untuk menyatupadukan parti-parti Melayu, badan-badan bukan kerajaan dan juga orang perseorangan yang berprinsip dan berpegang kepada perjuangan untuk membela agama, bangsa dan tanah air.

“Di atas kesedaran ini, kami memilih untuk meneruskan perjuangan itu melalui GTA,” menurut notis berkenaan yang ditandatangani 13 ahli Pejuang.

Notis itu dimuat naik di Facebook bekas Timbalan Presiden Pejuang Datuk Marzuki Yahya yang turut menandatangani notis berkenaan.

Pejuang ditubuhkan Dr Mahathir, yang merupakan bekas Perdana Menteri pada Ogos 2020 dan beliau kemudian meletakkan jawatan sebagai Pengerusi pada Disember tahun lepas.

— BERNAMA