Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tak gerun gandingan PH-BN di Pantai Timur, ahli UMNO pun tak berkenan, kata PN -

Tak gerun gandingan PH-BN di Pantai Timur, ahli UMNO pun tak berkenan, kata PN

PEMIMPIN Perikatan Nasional tidak gerun dengan gandingan Pakatan Harapan-Barisan Nasional di Kelantan dan Terengganu, sebaliknya percaya ia akan membantu pada PRN akan datang.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Razali Idris, berkata kebanyakan pengundi Melayu di Kelantan dan Terengganu tidak boleh menerima DAP yang menganggotai PH, malah ahli UMNO sendiri tidak sepakat mengenai kerjasama itu.

“Baguslah mereka buat kerjasama begitu, baru boleh lihat perpecahan makin ketara dalam kalangan ahli UMNO di Kelantan dan Terengganu,” katanya kepada FMT, dan menambah perpecahan itu akan menular ke Kedah, Selangor, dan Negeri Sembilan.

Razali berkongsi pengalaman Bersatu ketika bertanding PRU14 sebagai komponen PH, yang menyaksikan ia tidak menang sebarang kerusi di Kelantan dan Terengganu.

Namun sambutan masyarakat Melayu kepada Bersatu berubah sejak tidak bersama DAP, bahkan menang beberapa kerusi Parlimen pada PRU-15.

“Malah keahlian baharu kita dapat dari mereka yang tak pernah berparti … bila BN kerjasama dengan PH keadaan jadi terbalik, anak muda yang minat Umno dulu mula berpaling dan minat kepada Bersatu dan PN,” katanya.

Bersatu yang bertanding di Kelantan dan Terengganu atas lambang PAS menang di Parlimen Ketereh, Machang, Jeli, Tanah Merah, dan Gua Musang; serta Hulu Terengganu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Fadzli Hassan, berkata masalah mungkin akan timbul dalam kerjasama BN dan PH di Pantai Timur apabila dua gabungan itu berebut kerusi.

Situasi itu akan menyebabkan “kerjasama PH-BN tidak banyak memberi kesan” kepada PN, katanya.

Komponen PH, Amanah, dilihat paling ke depan dalam usaha PH menawan Kelantan dan Terengganu, manakala bagi BN pula UMNO bersaing hebat dengan PAS di Terengganu.

Sebelum ini, penganalisis ketika menilai situasi di Selangor berkata rundingan kerusi antara PH dan BN mungkin sukar kerana Amanah dan UMNO mensasarkan kumpulan pengundi sama.

Sementara itu, Razali berkata gandingan PH-BN memberi kelebihan kepada PN dari segi persaingan menarik sokongan pengundi Melayu.

“Kita tidak gerun. Kerjasama PH-BN memudahkan satu lawan satu. Ia juga tak menyusahkan Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya.

Beliau bagaimanapun menambah PN harus sentiasa bekerja keras dan memberi tawaran yang baik kepada pengundi untuk menang.

“Kita tidak pandang ringan kerjasama PH-BN,” tambahnya.