Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penganggur berdepan tuduhan bunuh warga emas -

Penganggur berdepan tuduhan bunuh warga emas

Oleh BADLISHAH MAT

SEORANG lelaki yang tidak bekerja didakwa di Mahkamah Majistret Kulim, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas pada Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Shariefuddin Arshad, 57, mengaku faham setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret B. Sri Pracha Nanthini.

Dia dituduh membunuh dengan menyebabkan kematian Fatimah Saleh, 79, di sebuah rumah yang beralamat di Kampung Durian Burung, Kulim antara 9 pagi hingga 10.30 pagi, 4 Oktober lalu.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan dia boleh dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Arthini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 12 Mac ini untuk tarikh sebutan semula kes.

Pada 5 Oktober lalu, polis menerima laporan daripada waris mangsa yang mengesyaki kematian warga emas itu disebabkan perbuatan jenayah susulan kehilangan gelang emas, dua bentuk cincin dan telefon bimbit mangsa.

Sehari kemudian, kubur mangsa yang terdahulu ditemukan meninggal dunia dalam rumahnya terpaksa digali semula.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, suspek ditangkap di Serdang, Kulim setelah laporan Jabatan Kimia mengesahkan satu profil asid deoksiribonukleik (DNA) lelaki dikesan di tempat kejadian. – SB