Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Geng Amri' Besut tumpas, kegiatan pecah rumah terhenti -

‘Geng Amri’ Besut tumpas, kegiatan pecah rumah terhenti

POLIS menumpaskan ‘Geng Amri’ yang dianggotai dua bekas banduan dan seorang lelaki lain yang giat dalam kegiatan pecah rumah di Kampung Raja dan Kuala Besut sejak Disember 2022 sehingga Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, kumpulan penjenayah diketuai oleh suspek utama dikenali sebagai Amri bermula pada bulan November tahun lalu selepas dia dibebaskan dari penjara.

Katanya, semua suspek yang juga warga tempatan itu ditahan pada Isnin dan Selasa minggu lalu berumur dalam lingkungan 30-an hingga 40-an dan bekerja sebagai buruh.

“Hasil siasatan yang dijalankan ke atas semua suspek berjaya mendedahkan penglibatan mereka dengan lima kes pecah rumah membabitkan jumlah kerugian bernilai RM17,000.

“Ketiga-tiga tangkapan juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine. Barang kes juga turut dirampas.

“Berdasarkan rekod kesalahan lampau suspek utama mempunyai lapan rekod jenayah berkaitan kes dadah serta pelbagai jenayah lain manakala rakannya pula terbabit dengan enam rekod jenayah,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor BH Online.

Rozak berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan rumah dengan bersembunyi bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan.

“Orang awam juga diminta terus menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis,” katanya.