Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kalau KJ ada ‘magnet’ buatlah parti baharu-Puad -

Kalau KJ ada ‘magnet’ buatlah parti baharu-Puad

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi berkata, Khairy Jamaluddin boleh menubuhkan parti baharu seperti dilakukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi membuktikan bekas Ketua Pemuda UMNO itu mempunyai ‘magnet’ menarik anak muda.

Saranan itu susulan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pemecatan Khairy dan penggantungan bekas ketua penerangan Shahril Hamdan seperti menghapuskan ‘magnet’ menarik sokongan orang muda terhadap parti.

Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit turut mempersoalkan kepimpinan Khairy ketika bekas Ahli Parlimen Rembau mengemudi sayap UMNO itu.

“Ismail Sabri kata, KJ ada magnet. UMNO rugi kerana buang magnet untuk tarik orang muda. Masa KJ jadi ketua Pemuda ramaikah anak muda ditarik oleh magnet KJ untuk sokong UMNO?

“Mungkin anak muda sokong KJ, tetapi bukan pada UMNO. Apa salahnya KJ tubuh parti baru. Kita tengok apakah anak muda akan berduyun masuk ikut magnet KJ,” katanya di Facebook, lapor FMT.

Puad secara sinis berkata, jika Khairy tidak berani menubuhkan parti baharu, bekas Menteri Kesihatan itu boleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pas demi kelangsungan politiknya.

“Kalau KJ kurang berani macam Syed Saddiq yang tubuh parti baru, KJ boleh ‘join’ Bersatu atau Pas. KJ boleh buktikan magnet dia ‘ok’. Jangan pula jadi penumpang kepada parti itu,” katanya.

Pada 28 Jan Khairy dipecat kerana melanggar disiplin parti ketika PRU15. Turut dipecat bekas ketua UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Shahril pula digantung keahlian enam tahun bersama bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Salim Sharif dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.