Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki terjun sungai elak dicekup polis ditemui lemas -

Lelaki terjun sungai elak dicekup polis ditemui lemas

SEORANG lelaki ditemui lemas selepas terjun ke dalam sungai berhampiran Taman Muara, Sungai Buloh di Kuala Selangor ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis pada Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa, 31, ditemui terapung oleh sepasukan nelayan kira-kira satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) pada pukul 7.52 pagi tadi.

“Bomba membawa mayat lelaki itu ke PKB dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Pada masa ini pihak bomba sedang menggerakkan usaha mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang turut sama terjun di sungai itu dalam kejadian terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norazam berkata, mangsa berusia 24 tahun itu dikhuatiri lemas dan usaha pencarian diteruskan membabitkan kekuatan 15 pegawai dan anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor.

“Operasi mencari mangsa memasuki hari kedua sejak operasi pertama pencarian dilakukan pada jam 8.56 malam pada Jumaat lalu,” jelasnya, lapor Sinar Harian.