Bot nelayan tempatan tiada nombor pendaftaran ditahan

0
203

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan selepas didapati gagal mengemukakan lesen bot.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, bot itu ditahan pada kedudukan 2.6 batu nautika Pulau Rimau, pukul 4.30 petang semalam.

Jelas beliau, penahanan itu dibuat oleh pasukan Maritim Malaysia dalam rondaan OP PERTIWI ketika mereka sedang leka melakukan aktiviti perikanan.

“Hasil pemeriksaan, bot tanpa nombor pendaftaran itu dikendalikan oleh seorang tekong dan seorang kru yang mana masing-masing ialah warga tempatan berusia 33 dan 40 tahun, namun didapati gagal mengemukakan lesen bot.

Maritim Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan selepas didapati gagal mengemukakan lesen bot

“Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana tidak memiliki lesen bot,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abd. Razak, bot serta kru ditahan bersama dua kilogram hasil laut sebelum dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Dalam itu tegasnya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

“Sebarang aduan dan salah laku jenayah maritim atau sebarang kejadian kecemasan di laut, orang ramai boleh segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau MERS 999 untuk maklum balas segera,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here