Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mangsa banjir di Johor dan Sabah meningkat sedikit pagi ini -

Mangsa banjir di Johor dan Sabah meningkat sedikit pagi ini

Bilangan mangsa banjir di Johor dan Sabah bertambah sedikit setakat pagi ini, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di empat daerah meningkat kepada 1,381 orang berbanding 1,379 pada 8 malam tadi.

JPBN memaklumkan sebanyak 17 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di empat daerah yang menempatkan 379 keluarga.

Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 921 orang, diikuti Kota Tinggi (223), Mersing (147) dan Segamat (90), menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Cuaca di negeri itu cerah kecuali daerah Mersing yang dilaporkan mendung ketika ini.

Sementara di SABAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 599 orang daripada 183 keluarga yang dipindahkan ke 13 PPS di tiga daerah, berbanding 556 orang daripada 165 keluarga malam tadi.

Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa teramai dipindahkan di Telupid iaitu 443 orang daripada 131 keluarga yang berlindung di sembilan PPS.

“Di Paitan seramai 111 orang daripada 40 keluarga dipindahkan ke tiga PPS dan Lahad Datu 45 orang daripada 12 keluarga di satu PPS,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan jumlah mangsa banjir di Telupid dijangka meningkat manakala di Paitan dan Lahad Datu dijangka kekal.

— BERNAMA