Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes bunuh di Tawau bermotif cemburu -Polis -

Kes bunuh di Tawau bermotif cemburu -Polis

KES bunuh terhadap seorang pemandu e-hailing di sebuah ladang sawit di Tawau pada 13 Jan lepas yang melibatkan penahanan lapan anggota polis termasuk empat pegawai kanan adalah bermotifkan cemburu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah.

Beliau berkata kes itu lebih bersifat peribadi dan tidak melibatkan isu keselamatan di Sabah.

Menurut Idris tiga orang awam turut ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan dan semalam isteri kepada si mati telah didakwa di Mahkamah Majistret Tawau mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes tersebut.

“Kes sedang dalam siasatan dan polis sedang mengumpulkan bahan bukti serta mengambil keterangan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.

Semalam, penganggur, Nurima Juli, 33, didakwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5, di sini antara 7.30 hingga 9 malam, 13 Jan lepas.

— BERNAMA