Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Amaran hujan berterusan di Sarawak,Johor dan Pahang hingga esok -

Amaran hujan berterusan di Sarawak,Johor dan Pahang hingga esok

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) bagi beberapa kawasan di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah dan Kapit (Song dan Kapit) sehingga esok (1 Feb).

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 6.45 pagi ini turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada diramal berlaku sehingga esok di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing dan Kota Tinggi) serta Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei dan Bintulu). 

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Kudat, Sabah, hari ini.

— BERNAMA